Saturday, August 28, 2010

Saya bimbang- Batin Perat Dollah


Saya telah mengenali beliau semenjak 5 bulan yang lalu semasa kami sama –sama berkempen untuk KEADILAN dan calonnya Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor pada bulan April 2010. Pada pengamatan saya, Batin Perat Dollah ialah seorang pemimpin Orang Asal yang berani, mempunyai kesedaran yang tinggi dan berpandangan jauh. Perkenalan di Hulu Selangor itu bermulanya hubungan erat antara kami berdua seperti ayah dan anak.
Perkenalan di Hulu Selangor itu menandakan bermulanya satu satu evolusi dan reformasi dikalangan pemimpin masyarakat Orang Asal. Saya sengaja menguji Batin Perat dengan menjemput beliau berceramah di Kg Paya Mengkuang dan Kg Pian. Memang seperti diduga, beliau serta merta datang dari Selangor pada hari saya menjemputnya dan bermalam di rumah setiausaha ranting Kg Paya Mengkuang iaitu saudara Man Ninggeh. Beliau akan memberi ceramah pada esok harinya.
Baru-baru ini di Kuala Krau semasa lawatan NGO kesatuan Eropah, kami berdua sempat bersembang dan menyatakan dengan agak serius beliau bimbang Selangor akan dirampas semula oleh BN. Kebimbangan tersebut terjadi ekoran  setiap hari akhbar media cetak dan elektronik selalu berkempen dan memaparkan keburukan Negeri Selangor walaupun berita itu tidak berasas dan tiada bukti yang kukuh. Beliau bimbang berita itu menyebabkan rakyat terutamnaya Orang Asal akan terpengaruh serta menokong BN semula. “ Kalau Bn dan Khir Toyo yang memerintah, habislah tanah adat Orang Asal kena rampas balik” luahan hati Batin Perat kepada saya.
Saya cuba memberi keyakinan kepada Beliau, bahawa PKR dan Negeri Selangor tidakkan jatuh sebab rakyatnya yang bijak memilih pemimpin dan parti mana yang dekat dengan jiwa mereka. Saya cuba memberi semangat bahawa Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) telah bekerja keras daripada sekarang dan melakukan community maping atau pelan komuniti di setiap kampung Orang Asal. Sekiranya BBTOAS Berjaya melakukan sehingga hujung tahun ini, setiap kampung Orang Asal di Selangor mempunyai peta kampung sendiri yang telah diikhtirafkan oleh kerajaan negeri Selangor. Saya juga menyambung jika BN yang memerintah jangan harap mereka mahu mengadakan pelan komuniti sebaliknya merampas tanah Orang Asal untuk projek-projek kroni dan kononnya atas nama pembangunan. Perkara tersebut akan merugikan pihak masyarakat Orang Asal sendiri.
Batin Berat tersenyum mendengar penjelasan saya itu. Saya tahu beliau ialah seorang pejuang yang tulen kerana sanggup mencabar pihak JHEOA melucutkan jawatan beliau sebagai batin bukan kerana menyokong PKR tetapi mahu mempertahankan hak keatas tanah adat Orang Asal. Pada akhir perbualan kami beliau berjanji mahu datang ke Pahang terutamanya Kuala Krau hampir setiap bulan dan tiba-tiba beliau mengajak saya juga ke Selangor sambil berseloroh beliau berkata bahawa gadis-gadis Orang Asal ramai boleh kamu mengorat mereka. Saya mampu ketawa kerana memang Batin Perat seorang permah dan pelawak orangnya walaupun kepada orang yang baru dikenali.
* Tahniah kepada Saudara Juli Blad dari Bukit Tampoi kerana dilantik sebagai Pengawai penyelaras Komunikasi Orang Asal Negeri Selangor..

No comments:

Post a Comment