Setiap malam tidurku tidak lena. Hatiku runsing. Hatiku gelisah. Kenapa kau telah pergi pada waktu begini? Dimana janji dan sumpah setia dahulu sewaktu permulaan hubungan ini. Aku bingung rasa ingin mati sahaja. Tetapi sanggupkah aku melakukan perbuatan itu. Seandainya aku mati?? Apa Perasaan mak dan ayahku..aku bertambah kusut..
Keesokan harinya, seperti biasa aku ke ladang sawit. Melihat buah-buah sudah masak ranum dan segar dengan memandu traktor kesayangan. Akulah perlakon yang hebat walaupun terluka tetapi masih berpura-pura kuat didepan mak dan ayahku. Pada hal dalam hatiku siapalah yang tahu? Akulah seorang perempuan tetapi aku juga mampu memandu traktor untuk mengangkut buah-buah sawit. Aku juga mampu meloading buah daripada pokok-pokoknya. Semuanya membuat Orang Nampak aku kuat tetapi aku jua tetap wanita..ada naluri kewanitaan yang lembut..
Waktu petang aku ke kandang kambing, memberikan makanan dengan rumput-rumpai dan sebagainya. Disamping merawat anak kambing yang tercedera . Aku memang sayangkan kambing-kambing tersebut. Apabila ada anak-anak kambing yang tercedera, aku merawatnya. Juga memberikan susu kepada anak kambing yang tercedera itu. Inilah rutin harianku tetapi jangan silap aku sangat seronok dengan pekerjaan ini walaupun aku juga memiliki segulung Diploma dalam bidang…..namun hatiku ini begitu luruh sekali semenjak dia pergi..
Apabila tiba waktu malam hatiku begitu sedih dan seolah-olah aku hidup dalam dunia yang gelap. Aku hidup dalam duniaku sendiri. Kejam!!?kejam!!? kejam!! Kenapa kau tidak memahami hatiku. Aku tekad ingin membunuh diri tetapi hati aku berkata TIDAK semenjak kehadiran dia tanpa diundang dan dijemput itu. Siapakah dia? Dia seolah-olah memberi semangat baru padaku. Mungkinkah ada cahaya dihujung terowong. Aku akan menanti hari-hari berikutnya dengan penuh sabar..mungkinkah ada sinar kegembiraan atau kesedihan nanti.
* Diolah untuk menjadi sebuah cerpen. Istimewa untuk seorang gadis..A..semoga jangan berputus dalam hidup.
Siapakah gadis tersebut sahabat?
ReplyDeletekehidupan mesti di teruskan sahabat walaupun cabaran telah menduga darimu.
adalah sahabat...
ReplyDeleteselamat menyambut hari raya sahabatku...maap ada salah silap selama kita bersahabat.
ReplyDeleteselamat hari raya sahabatku..maafkan aku sahabat jika tersinggung dan terkasar bahasa daripada zahir dan batin..
ReplyDelete