Monday, August 30, 2010

Agama dan Masyarakat-kesan-kesan yang berlalu dalam perubahan beragama

7.0 Kesan - kesan Perubahan Agama Dalam Masyarakat Pribumi
Perubahan agama daripada tradisi kepada yang lebih moden terbahagi kepada kesan sosial, ekonomi dan politik. Kesan yang amat ketara ialah kesan daripada aspek sosial masyarakat pinggiran ini. Dalam sistem kekeluaragaan, impak negatif yang kita nampak ialah keterasingan seseoarang masyarakat pribumi itu (Hanapi Dollah,1982), perubahan dalam Islam misalnya menyebabkan keluarganya tidak menerima perubahan yang berlaku. Hasan Mat Nor (2001) istilah masuk Islam adalah masuk budaya lain iaitu  “masuk Melayu”. Orang Asli tidak mahu bangsa dan identiti mereka hilang setelah  “masuk Melayu” itu.
Perubahan agama daripada tradisi juga memberi kesan dalam aspek hubungan masyarakat. Di mana apabila menganut agama Islam, aspek tradisi seperti sewang atau jampi serapah tidak lagi diamalkan. Agama Kristian juga melarang masyarakat pinggiran yang baru masuk agama daripada menyembah berhala kerana berdosa. Hal ini seseorang individu tidak diterima oleh penduduk kampung. Malahan ada kes di Kampung Pian Temerloh, seorang Kristian dipulau kerana cara mendakwahnya yang menghina aspek agama tradisi yang tidak bertamadun oleh masyarakat Orang Asli.
Dalam soal pemakanan pula, Orang Asli yang masih miskin ini menghadapi kesukaran kerana apabila menganut Islam makanan yang biasa menjadi kegemaran dalam keluarga ada yang tidak  boleh dimakan. Misalnya binatang yang haram dimakan seperti khinzir dan monyet tidak boleh dimakan. Penganut agama Islam juga tidak lagi memelihara anjing atau menyentuh anjing. Berbanding dengan Kristian yang tidak menghadapi sebarang masalah dalam soal makanan.
Keikhlasan penganut juga selalu dipersoalkan kerana ada segelintir masyarakat memeluk agama baru kerana tujuan tertentu seperti kepentingan politik dan ekonomi. Mereka tidak berminat belajar agama dan memerlukan bimbingan daripada Penggerak masyarakat ini. Penggerak juga tidak bersungguh-sungguh tetapi hanya mementingkan kepada soal kerjaya dan kewangan semata-mata.
Jika dilihat daripada aspek positif tentang perubahan agama juga berkaitan dengan aspek sosial, ekonomi dan politik. Perubahan agama menyebabkan perubahan dalam aspek cara hidup yang lebih baik. Kajian yang dibuat oleh tokoh Hasan Mat Nor 2001, mendapati penganut agama Kristian di negeri Selangor dan Perak menjadi masyarakat yang mementingkan kebersihan rumah dan tidak lagi merokok dan meminum arak. Dalam hal ini saya bersetuju semua agama mengajak penganutnya membuat kebaikan. Daripada aspek berpakaian juga mereka mementing kekemasan diri dan juga pakaian yang bersih. Juga aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat untuk keluarga atau tetamu yang datang.
Aspek positif dalam ekonomi pula baik agama islam Kristian membantu penganut dari segi material dan kewangan. Pihak JAKIM dan PERKIM juga selalu menghulurkan bantuan zakat kepada orang Islam apabila sampai perayaan Hari Raya dan disamping bantuan berbentuk barangan seperti pakaian dan makanan. Kampung yang majoriti penduduk Islam juga mendapat perhatian lebih daripada kerajaan seperti mendapat projek PPRT dan projek Tanaman Semula Kelompok (TSK) dan Tanaman Semula Berkelompok (TSB) dibawah penyeliaan JHEOA dengan kerjasama dengan RISDA atau FELCRA.
Dengan perubahan agama juga ramai yang mula yang mendapat kesedaran berpollitik. Hasan Mat Nor 2001, Juli Edo & Siti Nor Awang dan Hood Salleh (2004) menyatakan bahawa orang asli telah menyedari mereka telah tertindas dalam pelbagai aspek termasuk dalm politik. Orang Asli kini ramai yang menyertai Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM). Hal ini juga menunjukan agama memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran berpolitik. Ada segelintir masyarakat pinggiran ini yang mula terlibat dengan parti politik perdana seperti UMNO, Parti Islam Seluruh Malaysia( PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada 19 November 2008, penduduk Islam dan bukan Islam suku Jahut Temerloh telah berarak untuk menuntut hak tanah  adat dan pembangunan yang lebih effektif kepada masyarakat ini bersama parti PKR dan PAS.
 7.0 Kesimpulan
Ada pandangan yang mengatakan masyarakat ini tidak mahu menerima perubahan adalah tidak tepat. Pembangunan memerlukan perubahan minda dan perubahan keagamaan. Pendapat disetujui oleh Anthony Williams – Hunt (1998) menyatakan  bahawa sikap negatif Orang Asli seperti malas dan anti- pembangunan adalah tidak tepat tetapi adalah teori untuk menutup kelemahan pihak tertentu.
Karl Marx pula menyatakan perubahan material menyebabkan menyebabkan perubahan minda seseorang. Ada pula yang berpendapat bahawa perubahan minda menyebabkan pembagunan material. Misalnya, Hegel menyatakan pembangunan mental adalah pokok kepada pembangunan manusia dan material. Pendapat ini boleh disamakan dengan perubahan institusi pendidikan dan perubahan minda telah mendorong Orang Asli untuk berubah agama dan pembangunan material mereka.
Bagi saya kedua – dua pendapat daripada Karl Max dan Hegel boleh dipakai  kerana kedua – duanya  jika difikir secara rasional menyebabkan perubahan bukan sahaja kepada pemikiran tetapi juga pembangunan material dan pembangunan insan dalam aspek keagamaan masyarakat. Rumusannya institisi keagamaan menentukan pembangunan masyarakat Orang Asli.

Sunday, August 29, 2010

Agama dan Masyarakat-faktor2 perubahan agama

6.0 Faktor – faktor perubahan agama di kalangan masyarakat pribumi
Masyarakat Orang Asli adalah masyarakat yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang pembangunan. Kajian oleh para penyelidik didapati pendapatan komuniti ini di bawah lingkungan RM350.00. Jumlah ini ditafsir di bawah paras kemiskinan. Hampir 80% daripada komuniti masih miskin. Faktor ini juga mempengaruhi komuniti ini untuk berubah agama kepada agama moden (Islam dan Kristian).  Ramai pendakwah Islam dan mubaligh Kristian telah mendekati masyarakat ini. Golongan ini bukan sahaja mendakwah tetapi juga memberi bantuan kewangan dan material bagi menarik golongan ini memeluk agama yang mereka bawa. Mubaligh Kristian bijak menyedari kelemahan masyarakat ini berbanding pendakwah Islam walaupun mendapat tajaan daripada kerajaan. Mubaligh Kristian mempunyai dana yang banyak untuk keperluan dakwah kepada masyarakat ini.
      Pemodenan institusi pendidikan telah mendorong perubahan pemikiran bukan sahaja tentang pembangunan material tetapi juga aspek kepercayaan. Golongan pribumi yang mempunyai pendidkan cenderung untuk memilih agama baru sama ada Islam atau Kristian bergantung kepada situasi dan persekitaran. Pergaulan dengan rakan pelajar Islam telah mendorong mereka memahami Islam dan memeluk Islam. Hal ini berlaku kerana pelajar ditempatkan di asrama yang disediakan semasa persekolahan peringkat Menengah. Di Perak, mubaligh Kristian telah banyak mendirikan sekolah aliran agama ini untuk tujuan pengajaran yang lebih efektif kepada komuniti Semai. Institusi pendidikan melahirkan masyarakat pribumi yang multiagama.
      Peranan badan – badan keagamaan juga memainkan peranan yang penting sama daripada pihak kerajaan atau NGO dalam menggerakkan penyebaran agama. Islam sebagai agama rasmi Malaysia mempunyai institusi agama seperti  JAKIM  dan PERKIM serta NGO seperti ABIM yang sentiasa berusaha untuk menyebarkan agama Islam kepada penduduk pribumi. Kristian juga tidak kalah apabila juga mempunyai badan – badan keagamaan tersendiri bermula daripada penjajahan British sampai masa kini. Antaranya kumpulan pendakwah society of the foreign missions of paris sehingga kepada kumpulan Sidang Injil Borneo ( SIB ). Keadaan ini mewujudkan persaingan antara mubaligh Kristian dan Islam dalam menyebarkan agama mereka di kalangan masyarakat pribumi.
      Adalah sesuatu yang penting dan bermakna apabila perubahan agama juga disebabkan kebenaran agama itu. Kemajuan institusi pendidikan telah membuka minda Orang Asli untuk memikirkan secara rasional apa yang berlaku di dunia termasuk dalam aspek keagamaan. Mereka mula memikirkan aspek siapa pencipta dunia akibat kekosongan jiwa yang mereka hadapi atau sebagai tempat bergantung harapan. Agama tradisional tidak dapat meleraikan tekanan yang mereka hadapi. Shamans atau Tok Halak tidak memberi jawapan dengan persoalan hidup. Akhirnya dengan kedatangan agama baru (Islam dan Kristian) yang memberi penekanan tentang tatacara hidup dengan kasih sayang dan mengutamakan kebajikan serta kerjasama atau persaudaraan membuka hati mereka untuk berubah agama. Mereka mula percaya Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad S.A.W (Islam) dan percaya bahawa salib itu lambang Nabi Isa a.s atau Jesus Kritus telah dibunuh (Kristian).
      Agama juga digunakan sebagai alat politik iaitu hak untuk menyuarakan pendapat dan juga memenuhi harapan golongan tertentu masyarakat pribumi ini. Komuniti ini adalah golongan yang terpinggir dan minoriti dalam aspek politik. Sesetengah masyarakat Orang Asli memeluk agama Islam untuk tujuan mendapat perhatian dan pembelaan daripada pihak kerajaan iaitu UMNO (United Malays National Organization). Di kalangan kelompok masyarakat ini ada yang menubuhkan cawangan parti-parti untuk tujuan menyuarakan pendapat tentang hak – hak Orang Asli. Orang Kristian pula mempunyai badan seperti Center for Orang Asli Concerns (COAC) bagi menjaga kebajikan dan kepentingan Orang Asli daripada tertindas.
* kertas kerja, ums 2008

Agama dan Masyarakat-Islam dan Kristian

4.0 Agama Islam
Penyebaran Islam di kalangan Orang Asli sebelum kemerdekaan Malaysia pada era 1950-an tidak berapa jelas kerana ketika itu istilah Orang Asli belum lagi diperkenalkan oleh pihak pemerintah. Zaman Feudal Kesultananan Melayu, istilah “Orang Darat” dan “Sakai” digambarkan kepada masyarakat Orang Asli. Kedua – kedua konotasi ini membawa maksud menghina, hamba dan “manusia separa haiwan”.  Hasan Mat Nor ( 2001 ), merujuk kepada tanggapan masyarakat Melayu terhadap Orang Asli sebagai kafir. Dalam Islam perkataan kafir digambarkan sebagai musuh Islam. Jadi secara tidak langsung Orang Asli digambarkan musuh orang Islam dan ini menyebabkan tidak ada usaha dakwah Islam kepada masyarakat pribumi ini.
      Penyebaran Islam dalam masyarakat Orang Asli bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, barulah terdapat sedikit usaha yang di lakukan oleh pihak – pihak tertentu terutamanya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang bekerjasama dengan PERKIM (Perkembangan Kemajuan Islam Malaysia), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan NGO (Badan-badan bukan kerajaan)  antaranya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Selain itu, perkembangan bidang pendidikan dalam masyarakat ini juga antara faktor Islam mudah meresap di kalangan pelajar Orang Asli. Kerjasama antara JHEOA dengan PERKIM telah melahirkan institut seperti Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli  (PERTAMA) yang terletak di Kuantan, Pahang. Institut ini diwujudkan dengan tujuan memberi pengajaran dan pembelajaran yang mendalam tentang agama Islam di kalangan Orang Asli. Perubahan sikap dan pemikiran orang Melayu juga menyebabkan Islam dapat disebarkan kepada Orang Asli secara tidak langsung melalui hubungan persahabatan dan kegiatan ekonomi serta perkahwinan campur antara etnik ini (Dodge, 1984).

5.0 Kristian
Berbanding dengan Islam, penyebaran agama kristian di kalangan Orang Asli bermula pada tahun 1841, di mana seorang Paderi dari Perancis yang dikenali sebagai Fr. M. Borie telah menjalankan kegiatan mubaligh pada penduduk Pribumi dalam kumpulan Matra (Temuan) yang terletak di Ayer Salak (Melaka). Kumpulan pendakwah Kristian yang dikenali sebagai Society of the Foreign Mission of Paris adalah kumpulan yang disertai oleh Borie dengan tujuan utama untuk “menjinakkan manusia liar” melalui dasar perkhidmatan kemanusiaan yang diwujudkan khas untuk masyarakat Orang Asli. (Hasan Mat Nor 2001)
Penyebaran agama Kristian ke seluruh dunia berlaku selepas Perang Salib pada abad ke 11 hingga 13 Masihi telah memberi kesan dalam penyebaran Kristian di Malaysia khususnya dan Orang Asli amnya. Pada tahun 1889, Dr. H. L. Leuring, seorang mubaligh Methodist yang pertama menguasai Bahasa Semai dalam usaha menyebarkan agama ini dalam masyarakat Pribumi di Ulu Kampar Perak. Means & Means (1981), menyatakan Alexander Simanjuntak (orang Batak dari Sumatera, Indonesia), mubaligh pertama tinggal bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Batu 16 Cameron Highland, Pahang. Cara ini dilakukan selain untuk berdakwah agama tetapi juga untuk mengajar ilmu pengetahuan tentang cara pertanian yang betul kepada penduduk kampung itu. Pendekatan ini adalah untuk cuba memenangi hati Orang Asli dengan teladan yang baik dan sikap yang mesra.
Pada era 2000 kini, terdapat kumpulan mubaligh Kristian yang terdiri daripada Bumiputra Sabah iaitu kumpulan Sidang Injil Borneo (SIB) dan Seven Day Advantage (SDA) yang melebarkan sayap menyebarkan agama Kristian kepada masyarakat Orang Asli suku Jahut di Temerloh, Pahang. Pada tahun 2003, terdapat dua buah gereja yang telah didirikan di Kampung Galong dan Kampung Pasu. Penyebaran agama Kristian cepat merebak kerana kebijaksanaan mubaligh yang pandai mengambil hati, suka memberi bantuan dan budaya yang agak sama dengan kebudayaan masyarakat Orang Asli.

Saturday, August 28, 2010

Dirimu Dlam Jiwaku. . .

A'erica Arif August 28 at 2:16pm
Diri mu. . .seseorang yang tidak ku kenali secara duniawi nya..
Diri mu datang tanpa ku undang, tanpa ku mencari. . .
Dirimu...di dalam kerunsingan brcampur kekecewaan kau mnjadi sandaran. . .
Dirimu...hadir umpama cebisan2 cenkerang laut yang sirna nya indah tetapi hampir lenyap...
Dirimu ...memberi aku suatu perasaan...yang aku sendiri meragui... mungkinkah aku hanya dalam desakan hati...
Dirimu...yang ku terima...umpama hujan yang tak dpat ku halang kehadirannya..
Dirimu ..yang ku terima umpama permainan kekecewaan ku...
Dirimu yang begitu dekat di hati..umpama duri yang bakal menyakiti ku lagi...
Dirimu...hanyalah insan biasa yang mungkin aku jua tidak betah brsamamu...
Dirimu...seumpama batu sungai.....yang mampu menajamkan parang yang tumpul akibat kemasinan air laut...
Dirimu...umpama lilin yang membakar diri hanya untuk menerangi diriku yang dalam kegelapan..
Dirimu...yang telah ku rasa bersalah...seumpama diriku mempergunakan kehadiran mu..
Dirimu...yang telah ku cuba halang memasuki dunia ku telah pun melepaskn diri d setiap genap lolosan kecil di hatiku...
Dirimu...yang berusaha untuk khidupan mu...memancing rasa cinta ku..
Dirimu...adalah semangat ku kini...tanpa mu...aku tidak tahu..
Dirimu....adalah insan yang teramat aku hargai...sanggup nya kau mempercayai diriku yang sedang tidak benar ini....yang tidak lagi kuat ini...tidak lagi percaya degan diriku sendri...namun kau tetap menanti...setia di hujung talian...bulan mnjadi saksi di kala malam tiba...suara dan suaraku...TUHAN mendengarinya....tidak perlu org lain mengadili...

Nurkilan diariku buat diari hati mu...RamliLugan

Saya bimbang- Batin Perat Dollah

Saya telah mengenali beliau semenjak 5 bulan yang lalu semasa kami sama –sama berkempen untuk KEADILAN dan calonnya Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor pada bulan April 2010. Pada pengamatan saya, Batin Perat Dollah ialah seorang pemimpin Orang Asal yang berani, mempunyai kesedaran yang tinggi dan berpandangan jauh. Perkenalan di Hulu Selangor itu bermulanya hubungan erat antara kami berdua seperti ayah dan anak.
Perkenalan di Hulu Selangor itu menandakan bermulanya satu satu evolusi dan reformasi dikalangan pemimpin masyarakat Orang Asal. Saya sengaja menguji Batin Perat dengan menjemput beliau berceramah di Kg Paya Mengkuang dan Kg Pian. Memang seperti diduga, beliau serta merta datang dari Selangor pada hari saya menjemputnya dan bermalam di rumah setiausaha ranting Kg Paya Mengkuang iaitu saudara Man Ninggeh. Beliau akan memberi ceramah pada esok harinya.
Baru-baru ini di Kuala Krau semasa lawatan NGO kesatuan Eropah, kami berdua sempat bersembang dan menyatakan dengan agak serius beliau bimbang Selangor akan dirampas semula oleh BN. Kebimbangan tersebut terjadi ekoran  setiap hari akhbar media cetak dan elektronik selalu berkempen dan memaparkan keburukan Negeri Selangor walaupun berita itu tidak berasas dan tiada bukti yang kukuh. Beliau bimbang berita itu menyebabkan rakyat terutamnaya Orang Asal akan terpengaruh serta menokong BN semula. “ Kalau Bn dan Khir Toyo yang memerintah, habislah tanah adat Orang Asal kena rampas balik” luahan hati Batin Perat kepada saya.
Saya cuba memberi keyakinan kepada Beliau, bahawa PKR dan Negeri Selangor tidakkan jatuh sebab rakyatnya yang bijak memilih pemimpin dan parti mana yang dekat dengan jiwa mereka. Saya cuba memberi semangat bahawa Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) telah bekerja keras daripada sekarang dan melakukan community maping atau pelan komuniti di setiap kampung Orang Asal. Sekiranya BBTOAS Berjaya melakukan sehingga hujung tahun ini, setiap kampung Orang Asal di Selangor mempunyai peta kampung sendiri yang telah diikhtirafkan oleh kerajaan negeri Selangor. Saya juga menyambung jika BN yang memerintah jangan harap mereka mahu mengadakan pelan komuniti sebaliknya merampas tanah Orang Asal untuk projek-projek kroni dan kononnya atas nama pembangunan. Perkara tersebut akan merugikan pihak masyarakat Orang Asal sendiri.
Batin Berat tersenyum mendengar penjelasan saya itu. Saya tahu beliau ialah seorang pejuang yang tulen kerana sanggup mencabar pihak JHEOA melucutkan jawatan beliau sebagai batin bukan kerana menyokong PKR tetapi mahu mempertahankan hak keatas tanah adat Orang Asal. Pada akhir perbualan kami beliau berjanji mahu datang ke Pahang terutamanya Kuala Krau hampir setiap bulan dan tiba-tiba beliau mengajak saya juga ke Selangor sambil berseloroh beliau berkata bahawa gadis-gadis Orang Asal ramai boleh kamu mengorat mereka. Saya mampu ketawa kerana memang Batin Perat seorang permah dan pelawak orangnya walaupun kepada orang yang baru dikenali.
* Tahniah kepada Saudara Juli Blad dari Bukit Tampoi kerana dilantik sebagai Pengawai penyelaras Komunikasi Orang Asal Negeri Selangor..

Agama dan masyarakat-perubahan agama Orang Asli 1

1.0   Pengenalan
Masyarakat Orang Asli merupakan etnik minoriti yang terdapat di Malaysia. Secara umumnya masyarakat ini terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu Senoi, Melayu Proto dan Negrito. Petempatan Orang Asli masih di kawasan pedalaman dan juga kawasan pinggir bandar. Ramai pengkaji dan ahli sosiologi menyatakan Orang Asli masih terpinggir dari arus permodenan dan pembangunan negara.
      Oleh kerana petempatan masyarakat Pribumi ini agak terasing daripada masyarakat arus perdana. Kehidupan dan budaya mereka telah diasimilasi dengan alam sekitar. Hal ini berlaku kerana kegiatan atau aktiviti mereka di sesetengah tempat masih bergantung kepada hutan sebagai sumber utama pencarian makanan dan ubat – ubatan. Dengan aktiviti yang sedemikian rupa, alam sekitar yang dipenuhi hutan yang menghijau dan dikelilingi oleh bukit – bukau telah mempengaruhi sistem kepercayaan mereka. Mereka  mempercayai alam sekitar mempunyai kuasa – kuasa supernatural. Menurut Ogburn & Nifkof ( 1950 ), kepercayaan mereka ini telah disifatkan sebagai “ all thing may be alive ”. Sistem kepercayaan ini telah terserap dalam kegiatan harian dan juga dalam aktiviti perubatan tradisional.
      Hari ini dalam konteks sistem kepercayaan masyarakat ini, terdapat 3 kelompok agama iaitu kepercayaan animisme, agama Islam dan juga Kristian serta selebihnya agama lain. Menurut Lim Hin Fui ( 1997 ) terdapat 70175 penganut animisme pada tahun 1999 tetapi kemungkinan angka ini mungkin menurun di sebabkan pengaruh agama moden terhadap mereka.  Sudah 9 tahun berlalu mungkin jumlah ini berkurang kepada 50 000 orang sahaja disebabkan pembangunan yang berlaku.

2.0   Konsep – konsep Perubahan Agama
Beberapa pengkaji dari barat pada awal 80-an telah mengkaji perubahan agama kepada beberapa kelompok masyarakat. Antaranya Simons (1971) menyatakan tindakan menukar agama ini akan mengubah bentuk ikatan kepercayaan seseorang daripada satu set simbol yang dianggap suci kepada satu set simbol suci yang lain. Di mana dengan perubahan ini akan mengubah perlakuan, perasaan, pemikiran dan hubungannya dengan simbol baru yang dianggap kudus atau sacred.
     
“ Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melain Allah dan aku mengaku Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah ”
Kalimah di atas adalah dinamakan dua Kalimah Syahadat dalam Rukun Islam pertama. Kalimah ini adalah penting bagi menandakan seseorang telah memeluk agama Islam dengan kesukaan dan kerelaan hatinya menurut Hukum Islam. Kalimah ini menandakan perubahan seseorang kepada agama baru dan keyakinan kepada pencipta Agung. Dia juga menjadi “saudara” kepada penganut lain.
      Dalam agama kristian juga perubahan agama boleh disamakan “pembaptisan”. Pembaptisan bermaksud pengkristianan seseorang sama ada daripada agama lain atau daripada orang Kristian itu sendiri yang telah berubah daripada kanak – kanak kepada meningkat sewasa. Makna atau simbol pembaptisan adalah apabila seseorang dianggap sebagai bayi yang baru lahir atau disebut kelompok baptis. Dilakukan dengan Holly Water iaitu air suci agama Kristian yang didoakan dan diletakkan di sebuah tempat di gareja. Selepas pembaptisan ini seseorang telah dianggap sebagai seorang Kristian yang percaya Jesus Kristus sebagai penyelamat.

 3.0  Animisme
Orang Asli memang tidak dapat dipisahkan dengan pandangan manusia tinggalan sejarah daripada zaman lampau. Wilkinson (1926) menganggap Orang Asli sebagai makhluk yang mewakili the missing link. Teori yang pernah diperkenalkan oleh Darwin. Pandangan semacam ini kena pada  teorinya bahawa orang yang tinggal di kawasan pedalaman dan pinggir bandar adalah masyarakat primitif. Lantaran itu perhubungan dengan dunia luar agak tersekat menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran hutan dan percaya kuasa ghaib dan percaya bukit – bukau mempunyai kuasa supernatural.
      Animisme telah dikemukakan oleh tokoh Edward B. Taylor mengatakan makhluk atau benda – benda mempunyai roh atau spirit seperti hujan, bintang, pokok tumbuhan dan sebagainya. Kepercayaan ini berubah kepada polytheism dan monotheism. Dalam konteks masyarakat Orang Asli tentang worldview kepercayaan mereka terdapat elemen seperti tujuh lapis langit dan tujuh lapis dunia. Kepercayaan Orang Asli juga mempunyai pengaruh Islam yang kuat antaranya kewujudan superior being iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa selain daripada Karei dan Tuan Puteri.
      Anismisme mempunyai makna dan simbol kepada masyarakat pribumi ini terutamanya dalam perubatan. Tok Batin sebagai ketua adat juga berperanan sebagai shaman. Tok Batin juga dikenali sebagai Tuk Halak (Semai) dan Puyang (Jahut). Shaman mempunyai peranan sebagai orang tengah dalam perhubungan dengan superior being dengan cara membakar kemenyan, jampi, persembahan dan juga nyanyian. Pada masa ini peranan shaman tidak lagi penting kerana terdapat pelbagai pusat perubatan moden seperti hospital, klinik dan ekoran daripada perubahan pendidikan ke atas masyarakat Orang Asli. Perubahan ini menyebabkan mereka mempunyai alternatif lain dalam bidang perubatan tanpa bergantung kepada shamans.

* kertas saya UMS 2009

Ayah, aku merinduimu...

Pagi itu, ayah kelihatan amat gembira sekali. Entah kenapa dia kelihatan gembira kerana sebelumnya beliau jarang terlalu gembira macam hari ini. Hati ini macam tidak sedap walaupun ayah sangat gembira. Pagi-pagi lagi ayah telah ke kebun getah untuk mengutip sekerap bersama seorang kawan rapatnya.
Aku yang sudah siap untuk pergi kerja agak kaget dengan sikap ayah. Masih menunggu Pak kin  sampai kerana motorku ada di workshop. Apabila pak kin sampai, ayah dan kawannya sampai di rumah sambil mengheret dua guni sekerap. Ayah apabila berjumpa dengan abang iparnya, sungguh mesra dan bergurau senda macam tidak ada yang berlaku selepas ini.
Sebelum bertugas ke kawasan Jenderak, kami tiga orang sempat serapan pagi bersama. Aku melihat Pak kin begitu seronok berbincang sesuatu dengan ayah. Memang rasa tidak sedap hati untuk bertugas pada waktu ini namun kerana perjuangan rakyat gagahi juga.
Aku dan Pak kin terus pergi kerja. Semasa dalam dalam perjalanan saya berselisih dengan adik sepupuku merangkap adik angkat kerana sejak kecil mak yang jaga dia. Dia bekerja sebagai pemandu traktor Felcra..rasanya muatan dalam traktor yang dia bawanya guni-guni baja. Seperti biasa adik Lan begitu ceria sambil mengangkat tangan kepada sebagai tanda hormat.
Setelah siap kerja yang dibuat, aku dan kawan-kawan pulang dari Temerloh lebih kurang jam ditangan menunjukan jam 7 malam. Singgah di sebuah gerai di Kuala Krau untuk makan, saya belanja semua kawan-kawan seramai enam orang. Rasa puas dalam hati.
Dalam perjalanan pulang, saya rasa berselisih dengan dua orang sangat kenali. Kalau tidak silap memandu motorsikal jenis Honda EX5. Mungkin perasaan aku sahaja. Sampai di rumah, saya terus tidur kerana benar-benar penat. Adik-adik menonton televisyen sambil berborak dengan agak kuat. Macam nak marah tetapi sabar sahajalah.
Aku terdengar bunyi motorsikal ulang-alik ke rumah Pak Ahmad di sebelah. Kenapa pulak macam tak sedap sahaja hati. Tiba-tiba Em Tam datang ke rumah. Dia memanggilku dan mak. Dia tergagap untuk memberitahu sesuatu, akhirnya ” Mak cik, Lan dah tidak ada lagi dan ada di hospital Temerloh”. Mak tanya lagi, “ Pak cik kamu macam mana?” “ Dia..dia juga pergi bersama adik Lan”.
Tersirap darahku, benar-benar terkejut dan serta-merta mak rebah dan tidak sedar diri lagi. Secara tidak sedar terdapat air jernih keluar daripada kelopak mataku. Aku tidak pernah mengeluarkan air mata sebelum ini. Terasa terlalu pantas untuk semua ini berlaku kerana baru pagi tadi bersama bersarapan. Ayah dan Adik Lan telah pergi untuk selamanya dan pergi tidak kembali lagi. Setiap kenangan menjelma difikiranku..aku berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat Tuhan Yang Esa. Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang berlaku.

Monday, August 23, 2010

Wanita Orang Asal di Luar Bandar, Malaysia

Fiesta Feminista:
Embracing Diversity/Menghayati Kepelbagaian
15-17 Jun 2007, Universiti Malaya

Plenary Session: Saturday, 16 Jun 2007
Wanita Orang Asal di Luar Bandar, Malaysia
Claudia Lasimbang, PACOS Trust

Pengenalan
Orang Asal di Malaysia dikenali sebagai Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak atau Orang Ulu di Sarawak dan Anak Negeri di Sabah.

Bagi masyarakat orang asal, tanah merangkumi keseluruhan persekitarannya termasuk hutan dan sungai.  Tanah merupakan asas kepada adat, budaya dan identiti masyarakat orang asal.  Bagi wanita orang asal, terutamanya mereka yang terpinggir atau terpencil jauh di kampung-kampung, mereka menghadapi masalah besar berkaitan dengan gender.  Sebagai ahli komuniti yang sangat kurang pendedahan, pengertian dan penglibatan terhadap pengurusan dan pembangunan kerajaan berhubung dengan hal tanah, wanita orang asal merupakan golongan yang lebih menderita akibat ancaman dan kesan pemindahan atau pengambilan tanah adat yang mereka duduki.

Kesan Pembangunan Tanah
Wanita orang asal bukan sahaja kehilangan tanah dan kehilangan sumber asli lain seperti sumber makanan, ubatan, air, tanaman dan kayu api untuk menyara hidup keluarga apabila tanah yang mereka duduki dibuka untuk tujuan pembangunan, tetapi juga membawa kesan yang sangat mendalam dan mempengaruhi diri, adat tradisi serta pandangan dunia mereka, budaya dan identiti keseluruhan masyarakatnya.

Dalam masyarakat kampung, wanita orang asal memainkan peranan yang penting sebagai pengeluar makanan dan pentadbir keluarga, pemegang pengetahuan tradisi dan budaya masyarakatnya,  penjaga, pendidik  dan pengasuh kepada generasi muda.

Kehilangan tanah akibat pembangunan tanah secara besar-besaran, mengikis peranan yang sangat penting ini.  Mereka mungkin terpaksa  merubah cara hidup mereka sebagai buruh yang menerima upah yang lebih rendah di skim peladangan kelapa sawit, ladang kayu kertas, sebagai pelayan di kedai-kedai, pekerja kilang atau pembantu rumah di pekan atau bandar.

Ini menjadi punca wanita orang asal kehilangan keyakinan diri, maruah, kekuatan dan kuasa membuat keputusan. Dalam keluarga,  ini menyebabkabkan mereka susah mencari kekuatan untuk melepaskan diri dari tekanan dan situasi keganasan rumahtangga.  Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi semakin terpinggir dan sukar untuk menyurakan pendapat, keperluan, keprihatinan dan tuntutan terhadap hak mereka yang sewajarnya.  Pembuatan keputusan penting dan penglibatan aktif dalam komuniti juga tejejas.

Keresahan
Apa yang menjadi keresahan utama wanita orang asal pada masa ini adalah semakin banyak tanah adat mereka diswastakan kepada sektor peladangan dan pembangunan tanah secara besar-besaran serta pewujudan kawasan lindung. 

Kehilangan sumber makanan dan pendapatan bagi menyara hidup dan menampung pendidikan anak-anak mereka apabila tanah mereka diambil atau dirampas untuk tujuan sedemikian sangat membimbangkan.

Amalan penggunaan, pengurusan dan pentadbiran tradisi tanah oleh orang asal dan yang diwajibkan oleh kerajaan masih tidak dapat diselaraskan sehingga hari ini. Kebanyakan tanah adat yang diduduki oleh masyarakat orang asal tidak mempunyai geran tanah seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.  Tanah tidak bergeran menyebabkan orang asal sukar atau tidak boleh mendapat apa-apa bantuan subsidi, dana atau mengikuti program pertanian untuk membantu mereka mengusahakan tanaman jualan seperti nenas, pisang, getah atau penghasilan padi.  

Selain perbezaan besar amalan penggunaan, pengurusan dan pentadbiran tanah oleh orang asal, proses pendaftaran dan permohonan tanah yang diwajibkan oleh kerajaan tidak mudah difahami dan diikuti oleh masyarakat orang asal kerana ia memerlukan masa dan belanja pengurusan yang besar untuk ulang-alik ke pejabat tanah.  Ini merupakan keresahan semua masyarakat orang asal di seluruh negara terutamanya mereka yang bergantung penuh kepada tanah sebagai sumber kehidupan.

Tambahan lagi, keadaaan jalanraya, kemudahan infrastuktur dan pengangkutan ayng masih kurang untuk memasarkan hasil tani mereka juga menambahkan keresahan mereka untuk menjadi lebih giat dan mencapai kehidupan yang selesa pada masa kini. 

Semua ini secara langsung mempengaruhi keadaan dan kehidupan wanita orang asal di luar bandar.  Mereka semakin dibebani peranan dan tanggungjawab, semakin kurang keupayaan dan menjejaskan penglibatan dan komitmen penuh dalam aktiviti sama ada anjuran komuniti atau di luar dari kampung mereka.

Aspirasi
Wanita orang asal sangat mementingkan masa depan anak-anak mereka dari segi  pendidikan.  Mereka juga mahu anak-anak mereka mendapat pendidikan yang baik dan bersesuaian.  Hasrat ini telah mula diperlihatkan melalui penubuhan beberapa pusat pra-sekolah komuniti di kampung-kampung yang terpencil oleh ibu-ibu sendiri dengan bantuan dan sokongan pertubuhan orang asal seperti PACOS Trust di Sabah, BRIMAS, IPDC dan CRE di Sarawak dan SPNS di Semenajung Malaysia.

Mereka juga inginkan perkhidmatan kesihatan yang baik di luar bandar.  Pada masa ini, pusat kesihatan yang ada di luar bandar tidak cukup kemudahan dan kakitangan yang diperlukan.  Walaupun sudah terdapat klinik bergerak, perkhidmatan doktor udara dan beberapa ekpedisi sukarela doktor dan jururawat ke kawasan luar bandar, tetapi ini belum mencukupi.  Selain itu, masih ada keperluan besar untuk mewujudkan sokongan dan pengiktirafan peranan dan sumbangan pakar perubatan tradisi kampung.
Wanita orang asal mempunyai aspirasi untuk meningkatkan pendapatan mereka sama ada berasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran tradisi dan sumber agro-perhutanan di persekitaran mereka atau tunjuk ajar dan nasihat baru untuk menjaga dan memajukan pengetahuan, kemahiran dan sumber yang sedia ada dan baru.

Cabaran
Wanita orang asal terutamanya mereka yang jauh di kampung-kampung, kekurangan pengetahuan tentang hak-hak wanita dan kurang keyakinan apabila berdepan dengan masalah atau situasi yang memerlukan penegasan hak.

Kebanyakan wanita orang asal mempunyai tahap pendidikan yang rendah, tinggal jauh di kampung dan tidak mendapat pengiktirafan pengetahuan dan peranan tradisi mereka.  Mereka berasa sukar untuk menjelaskan dan jarang difahami oleh wanita di bandar, mengenai situasi dan cabaran mereka dan bahawa adat, budaya dan identiti merekalah yang merupakan sumber pengetahuan dan kekuatan mereka semasa perundingan dalam situasi baru atau keadaan luar dari kampung.

Selain itu, kekurangan atau kehilangan kuasa ekonomi juga merupakan cabaran wanita orang asal. Generasi muda juga menjadi semakin memandang rendah terhadap cara hidup tradisi orang asal akibat pengaruh luar.  Pandangan dan minat generasi muda yang lebih bercorak individualistik, budaya berkelompok yang menonjolkan identiti mereka tersendiri dan tidak mengambil tahu atau berat tentang pengetahuan dan amalan orang asal merupakan cabaran yang semakin besar dihadapi oleh wanita orang asal sebagai penjaga, pendidik dan pemegang pengetahuan.

Keperluan
Wanita orang asal sangat memerlukan bantuan dan sokongan dari pelbagai pihak terutamanya pertubuhan wanita.  Pendedahan, motivasi, penambahan pengetahuan situasi semasa, hak wanita dan perkongsian cabaran untuk pembentukan keyakinan diri dan kemahiran baru seperti anjuran Fiesta Feminista ini sangat dialu-alukan.

Sokongan dan galakkan dari keluarga, komuniti, kumpulan wanita, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan sokongan kerajaan yang lain sangat penting.   Keperluan, peranan dan aspirasi wanita orang asal terutamanya mereka yang jauh terpencil harus difahami terlebih dahulu.  Usaha dan pendekatan yang membawa keluar wanita orang asal di kampung-kampung yang mempunyai keyakinan dan keupayaan bekerja dan berkhidmat ke bandar atau dipinggirkan jika tidak menyahut usaha dan pendekatan itu harus diberi penilaian dan renungan.  Ini kerana wanita-wanita ini memerlukan sokongan, bantuan dan nasihat selanjutnya sebagai pemangkin dan pemberi semangat kepada wanita orang asal yang masih memerlukan pembentukan diri dan kemahiran.

Dana dan layanan yang adil dan saksama kepada wanita orang asal dalam pelbagai situasi merupakan keperluan penting yang harus diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Pengalaman pengurusan projek komuniti yang melibatkan wanita orang asal seperti yang telah diberikan oleh EC UNDP SGP PTF dan GEF SGP Malaysia adalah contoh yang baik.  Melalui dana, latihan, pendedahan, ceramah, bengkel dan peluang pengurusan projek yang bersesuaian di peringkat kampung, wanita orang asal mampu untuk membangun diri dan pasti akan menjadi lebih yakin dan dapat memberi sumbangan penting kepada kemakmuran keluarga, komuniti dan negara secara lebih menyeluruh.