Monday, August 30, 2010

Agama dan Masyarakat-kesan-kesan yang berlalu dalam perubahan beragama


7.0 Kesan - kesan Perubahan Agama Dalam Masyarakat Pribumi
Perubahan agama daripada tradisi kepada yang lebih moden terbahagi kepada kesan sosial, ekonomi dan politik. Kesan yang amat ketara ialah kesan daripada aspek sosial masyarakat pinggiran ini. Dalam sistem kekeluaragaan, impak negatif yang kita nampak ialah keterasingan seseoarang masyarakat pribumi itu (Hanapi Dollah,1982), perubahan dalam Islam misalnya menyebabkan keluarganya tidak menerima perubahan yang berlaku. Hasan Mat Nor (2001) istilah masuk Islam adalah masuk budaya lain iaitu  “masuk Melayu”. Orang Asli tidak mahu bangsa dan identiti mereka hilang setelah  “masuk Melayu” itu.
Perubahan agama daripada tradisi juga memberi kesan dalam aspek hubungan masyarakat. Di mana apabila menganut agama Islam, aspek tradisi seperti sewang atau jampi serapah tidak lagi diamalkan. Agama Kristian juga melarang masyarakat pinggiran yang baru masuk agama daripada menyembah berhala kerana berdosa. Hal ini seseorang individu tidak diterima oleh penduduk kampung. Malahan ada kes di Kampung Pian Temerloh, seorang Kristian dipulau kerana cara mendakwahnya yang menghina aspek agama tradisi yang tidak bertamadun oleh masyarakat Orang Asli.
Dalam soal pemakanan pula, Orang Asli yang masih miskin ini menghadapi kesukaran kerana apabila menganut Islam makanan yang biasa menjadi kegemaran dalam keluarga ada yang tidak  boleh dimakan. Misalnya binatang yang haram dimakan seperti khinzir dan monyet tidak boleh dimakan. Penganut agama Islam juga tidak lagi memelihara anjing atau menyentuh anjing. Berbanding dengan Kristian yang tidak menghadapi sebarang masalah dalam soal makanan.
Keikhlasan penganut juga selalu dipersoalkan kerana ada segelintir masyarakat memeluk agama baru kerana tujuan tertentu seperti kepentingan politik dan ekonomi. Mereka tidak berminat belajar agama dan memerlukan bimbingan daripada Penggerak masyarakat ini. Penggerak juga tidak bersungguh-sungguh tetapi hanya mementingkan kepada soal kerjaya dan kewangan semata-mata.
Jika dilihat daripada aspek positif tentang perubahan agama juga berkaitan dengan aspek sosial, ekonomi dan politik. Perubahan agama menyebabkan perubahan dalam aspek cara hidup yang lebih baik. Kajian yang dibuat oleh tokoh Hasan Mat Nor 2001, mendapati penganut agama Kristian di negeri Selangor dan Perak menjadi masyarakat yang mementingkan kebersihan rumah dan tidak lagi merokok dan meminum arak. Dalam hal ini saya bersetuju semua agama mengajak penganutnya membuat kebaikan. Daripada aspek berpakaian juga mereka mementing kekemasan diri dan juga pakaian yang bersih. Juga aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat untuk keluarga atau tetamu yang datang.
Aspek positif dalam ekonomi pula baik agama islam Kristian membantu penganut dari segi material dan kewangan. Pihak JAKIM dan PERKIM juga selalu menghulurkan bantuan zakat kepada orang Islam apabila sampai perayaan Hari Raya dan disamping bantuan berbentuk barangan seperti pakaian dan makanan. Kampung yang majoriti penduduk Islam juga mendapat perhatian lebih daripada kerajaan seperti mendapat projek PPRT dan projek Tanaman Semula Kelompok (TSK) dan Tanaman Semula Berkelompok (TSB) dibawah penyeliaan JHEOA dengan kerjasama dengan RISDA atau FELCRA.
Dengan perubahan agama juga ramai yang mula yang mendapat kesedaran berpollitik. Hasan Mat Nor 2001, Juli Edo & Siti Nor Awang dan Hood Salleh (2004) menyatakan bahawa orang asli telah menyedari mereka telah tertindas dalam pelbagai aspek termasuk dalm politik. Orang Asli kini ramai yang menyertai Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM). Hal ini juga menunjukan agama memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran berpolitik. Ada segelintir masyarakat pinggiran ini yang mula terlibat dengan parti politik perdana seperti UMNO, Parti Islam Seluruh Malaysia( PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada 19 November 2008, penduduk Islam dan bukan Islam suku Jahut Temerloh telah berarak untuk menuntut hak tanah  adat dan pembangunan yang lebih effektif kepada masyarakat ini bersama parti PKR dan PAS.
 7.0 Kesimpulan
Ada pandangan yang mengatakan masyarakat ini tidak mahu menerima perubahan adalah tidak tepat. Pembangunan memerlukan perubahan minda dan perubahan keagamaan. Pendapat disetujui oleh Anthony Williams – Hunt (1998) menyatakan  bahawa sikap negatif Orang Asli seperti malas dan anti- pembangunan adalah tidak tepat tetapi adalah teori untuk menutup kelemahan pihak tertentu.
Karl Marx pula menyatakan perubahan material menyebabkan menyebabkan perubahan minda seseorang. Ada pula yang berpendapat bahawa perubahan minda menyebabkan pembagunan material. Misalnya, Hegel menyatakan pembangunan mental adalah pokok kepada pembangunan manusia dan material. Pendapat ini boleh disamakan dengan perubahan institusi pendidikan dan perubahan minda telah mendorong Orang Asli untuk berubah agama dan pembangunan material mereka.
Bagi saya kedua – dua pendapat daripada Karl Max dan Hegel boleh dipakai  kerana kedua – duanya  jika difikir secara rasional menyebabkan perubahan bukan sahaja kepada pemikiran tetapi juga pembangunan material dan pembangunan insan dalam aspek keagamaan masyarakat. Rumusannya institisi keagamaan menentukan pembangunan masyarakat Orang Asli.

No comments:

Post a Comment