Friday, September 10, 2010

Diari seorang anak belantara


Dalam cahaya bulan yang terang ini, aku masih di beranda rumah mencoretkan sesuatu dibuku comot yang dijadikan diari hidupku. Fikiran aku melayang dan mengingat sesuatu yang menghiriskan sungai hatiku. Ada seorang Hamba Allah yang mencaci dan mengutuk aku dalam blogku, Buletinjahut.blogspot.com. Dia itu bukannya orang luar yang tidak memahami adat resam dan sosiobudaya masyarakat Asal tetapi seorang anak kelahiran belantara. Aku memang agak kasar pada pandangan orang yang belum mengenaliku dan sampaikan orang tak mahu berkawan dan rapat denganku. Kenapa?? Mereka jawab sebab kau terlalu lantang dan radikal.
Alamak!! Aku ini pengganas ke? Aku ini perompak ke? Aku ini penyanggak ke? Aku ini membawa senapang atau membawa bom C4 KE? Heran benar benak jiwaku..aku menyuarakan rasa ketidakpuashatiku terhadap layanan yang diberikan kepada Orang Asal tanah semenanjung. Salah ke aku berkarya?? Aku bukan menerbitkan akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Metro dan sebagainya, aku hanya menulis di blogku Buletinjahut.blogspot.com. Itu pun blog aku telah digodam oleh manusia yang mengakui baik hati dan bermoral sampai tidak boleh buka lagi kini. Kini aku membuka blog baru yang diberikan nama spiritjahut.blogspot.com.
Blog ini bersempena semangat baru yang telah bangkit daripada kekecewaan dan penyesalan hidupku. Apalah kesan blog ini?? Yang membacanya semuanya golongan pandai-pandai daripada pendidikan SPM sampailah Ijazah.Orang kampong yang berada diceruk pedalaman atau ceruk desa manalah tahu tentang internet. Makna internet pun tahu??? Kasihan mereka tidak mendapat maklumat yang betul.
“Woi” terdengar suara sahabatku Bedul membuat aku terkejut daripada lamunan yang menyakitkan. Dia datang ke rumah untuk berbincang tentang aktiviti anak muda yang dilakukan selepas Hari Raya. Kami berbincang mahu mencari sponsor jersi dan beberapa biji bola sepak untuk pasukan kami. Dalam kesibukan perbincangan itu, saya teringat balik kenangan semasa sekolah menengah dulu. Aku dan kawan-kawan seramai sepuluh orang telah disingkirkan daripada asrama disebabkan fitnah Pak Guard sekolah. Dia memfitnah kami telah menceroboh asrama pelajar perempuan.
Demi Allah kami tidak pernah pun mahu menceroboh asrama pelajar perempuan. Siapa punya angkara?? Ahmad Lela namanya yang telah mereka cipta tarikh, jam berapa, berapa orang dan beberapa orang saksi yang diupah untuk menyingkirkan kami. Yang pelik warden asrama dan guru kaunseling percaya cakap dia juga. Kami tiada tempat mengadu. Selepas disingkir daripada asrama seorang-demi seorang kawan-kawan berhenti sekolah termasuk Bedul kini menjadi Ketua Penerangan ranting Kg Pian kecuali aku dengan arwah Roslan.
Arwah Lan telah meninggalkan aku buat selama-lamanya semasa diri ini berada dalam tahun pertama di menara gading. Kata kawan-kawan dia  meninggal dunia kerana perbuatan orang, entahlah aku bingung sama ada mahu percaya atau tidak tetapi yang pasti perbuatan manusia yang bersekongkol dengan syaitan memang wujud di dunia ini.
Aku tahu siapa Ahmad Lela itu dia kaki ampu Tok Mat Adun Kawasan Jenderak. Sampai hari ini aku masih ingat fitnah yang dilemparkan itu, seolah-olah baru berlaku sekarang. Selain keluarga, seorang mempercayai aku ialah Ustaz Zaid Long, bapak angkatku yang percayakan aku tidak terlibat dalam peristiwa tersebut. Beliau seorang yang memberikan semangat untuk tabah menghadapi ujian yang Allah berikan kepadaku.
“Minum kopi” sekali lagi aku terkejut daripada lamunan masa lampau. Emm peristiwa memang menyakitkan dan menyedihkan namun aku seorang yang tabah dalam berjuang sehingga sampai menara gading. Aku tidak pernah melupakan kawan-kawan aku yang bergulumang dengan pancoraba hidup ini. Kebanyakan daripada mereka sudah menyertai PKR setelah aku sendiri yang menyertai. Mereka kini Anggota AMK cabang Kuala Krau.
Aku masih ingat selepas keluar daripada Universiti, terdapat satu kes dimana seorang warga tua Kampung Terbol iaitu Samat Bin Mat telah ditangkap oleh Pegawai PERHILITAN seramai 5 orang kerana didakwa menceroboh kawasan mereka tetapi kawasan tersebut merupakan ladang padi turun menurun penduduk Jahut mencari makan untuk meneruskan hidup.
Oleh kerana tiada siapa yang ingin membantu, UMNO janganlah harap sangat mahu menolong. Oleh kerana kasihan maka aku sendiri yang menjadi penggerak untuk membuat demonstrasi membantah tangkapan tersebut. Pada masa poket ini kosong untuk membeli kertas manila untuk membuat sepanduk. Bingung memikirkannya tetapi nasib baiklah ada Bedul yang menyumpang RM10 dan Pak cik Shafie Dris menyumbang RM10. Jumlahnya RM20 cukuplah untuk mendapatkan manila kad dan maker pen.
Terima kasih wahai sahabatku, aku bekerja keras selama seminggu untuk memberi tahu orang kampong tentang Demonstrasi yang akan diadakan dan mengajak semua penduduk menyertai demonstrasi tersebut. Pembantu setiaku ialah si Bedul tetap menemaniku selain sokongan Yusri Ahon dan Shafie Dris. Bukan mudah untuk………………..D:) 

2 comments:

  1. adushhhh..puitis sungguh...wah skrg dh pandai wat luahan aty n prsn lam blog ek sejak aty berbunga2 cinta...tahniah..hehehe
    ckp pasal citer nie,aku kenal pak guard mu itu...owh..dia mmg camtu orgnyer ek....

    ReplyDelete
  2. huh???..yeke puitis nie...tidak ada la biasa je...luahan hati seorang insan...

    ReplyDelete