Friday, September 24, 2010

Aku, belantara dan dia...


Sudah larut malam, tetapi aku masih tidak ada idea lagi bagaimana untuk menyiapkan memorandum ini? Persoalan ini bermain dalam fikiranku?? Aku sebenarnya tidak berapa pakar dalam merangka memorandum ini kerana kehidupanku di universiti lebih fokus pada membuat kertas berlambak sahaja. Sekarang aku benar-benar menterjemah latihan di universiti diatas memorandum yang sedang dibentuk. Mak’ai susah benar mahu membuat perkara berkaitan kebenaran berbanding di Universiti bolehlah kita kelentong mana-mana fakta, kalau salah pun hanya mendapat markah yang rendah.
Jam dinding menunjukan angka 3 pagi tetapi diri ini masih tidak berganjak mahu melelapkan mata. Abg Mie sudah terlelap di lantai simen, Cuma aku yang masih menaip sesuatu keypad laptop ini. Aku berfikir tiada apa-apa yang ingin kusembahkan kepada masyarakat Orang Asal, aku insan yang lemah dan tidak mampu melihat tanah tumpah darah daging rumpunku ditolak untuk menjadi projek Tanam Semula Komersial (TSK). Aku hanya mampu merenung, meratapi seorang nenek yang menangis begitu hiba melihat kebun pisangnya yang ranap dirempuh dengan ganas oleh Sang “Robot”. Tangan kasar anak belantara ini begitu lenguh untuk menaip ayat-ayat yang terakhir pada penutu memorandum ini.
Jam 4 pagi, barulah siap segala-galanya. Alamak!! Kertas manila tidak ada lagi, perancangan pagi-pagi lagi aku mahu mendapatkan barang-barang tersebut di Pekan. Hanya ini sahaja sumbanganku pada rumpunku. Aku masuk menara gading kerana nama rumpun ini bukan pertolongan sesiapapun. Terima kasih Orang Asal kerana memberi peluang kepada anak muda yang mentah ini mengatur langkah berjuang untuk membalas budi mereka. Entahlah diri ini tidak dapat menahan kesedihan yang bersarang dilubuk hati melihat anak-anak bangsa rumpun ini yang begitu terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya. Hati ini mudah tersentuh melihat kesengsaran mereka hidup di bumi yang dikenali Malaysia.
Dalam terang bulan yang samar-samar ini, aku berjalan longlai ke rumahku. Aku bertekad untuk membantu selagi mampu dan nadi ini masih berdenyut. Semua pokok seperti bukuh, langsat dan rambutan kelihatan tertunduk seolah-olah sedang tidur atau seolah-olah berdoa pada Tuhan Maha Esa melindungi mereka daripada ketamakan kuasa Sang “Penguasa”. Dalam bilik tidur, mata ini masih segar terbuka mengimbau kenangan lalu diwaktu alam persekolahan dulu. Teringat kawan-kawan lama. Teringat kenangan pahit dan manis. Terbayang arwah Roslan yang tersenyum riang semasa kami pulang daripada sekolah. Dia dah pergi dan pergi untuk selama-lamanya. Kenapa hati ini pedih apabila nama Roslan bermain dalam fikiranku. Belum sempat aku menemuinya semula, kabar yang kurang baik aku terima setelah seminggu jasadnya dikebumikan didalam tanah.
“Terkejut” apabila ayam kampung mula membangunkan umat manusia diwaktu subuh pagi. Hari ini merupakan hari yang penting sebagai pejuang anak muda belantara. Aku perlu bingkas bangun dan bersiap-siap ke Pekan. Hari ini……………………………@ramli@pejuang*

No comments:

Post a Comment