Thursday, September 16, 2010

                                                    Hak milik AA...

A'erricca If September 16 at 12:40pm

Sakit? Hmmm alah bisa tegal biasa. . .
Sakit, itu penghapus dosa-dosa kecil. . .
Sepanjangan sihat bukan hidup lah namanya. . .
Sungguh kah kejutan itu terlalu mengecewakan aku sehingga jatuh sakit?
Mungkin aku terlalu memikirkan lalu jatuh sakit?
Atau emosi ku tidak terkawal dan badan ku tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku terlalu kecewa. . .?
Hmmm alah bisa tergal biasa. . .
Kehidupan memang begini, sihat kemudian sakit. . .
Setiap kalangan manusia pasti merasai nya,
Yang membezakan tarikh waktunya. . .kesakitan yang kecil mahupun yang besar,
Apa yang harus di lakukan adalah beringat. . .bukan menyalahkan kesakitan yang dirasai.
Itu Cuma dugaan kecil dunia belum lagi diakhirat kelak.
Biasa lah, alah bisa tegal biasa. . .
Kekecewaan itu juga datang ada hikmahnya,
Setiap insan merasainya. . . hanya bagaimana cara untuk mengawal emosi yang membezakan.
Hmmmm, sakit tidak bermakna harus mensuramkan muka…sakit perlu kan senyuman sebagai pengubat emosi. . .
Emosi sama seperti cuaca. . .
Sekejap cerah, sekejap mendung, sekejap panas, sekejap hujan, sekejap nanti cerah tapi ada pula guruhnya. . . .
Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil?. . . .atau lebih mudah sekali sakit bertujuan kita untuk beringat. . .
Semasa sakit lah manusia akan berfikir pelbagai hal, di saat itu lah juga kita berdoa …
Dan semasa itu juga lah kita bukan berdoa dan mengeluh…tetapi berdoa agar diri ini sembuh seperti sedia kala dan memanjatkan kesyukuran padaNYA.
Mungkin kah kita terlalai seketika semasa sihat. . .maka di datangkanNYA sakit. . .
Selagi mampu bergerak, selagi mampu bersuara, selagi mampu makan, panjat kan lah Kesyukuran kerana masih mampu menjaga makan minum sendiri.

Sunday, September 12, 2010

kenangan di pagi syawal.....


Masa it terus berlalu
Berlalu jauh dibawa angin laut china selatan
Setiap detik itu mati..mati dengan noktah cintamu
Noktah cinta sang manusia yang penuh pendustaan
Pendustaan yang melafazkan sumpah setia  kepada tuhanmu…

Saat itu telah berlalu meninggalkan aku jauh
Jauh dalam dunia khayalku sendiri
Khayalanku memusnahkan impian dan harapanku
Harapan dan impian telah pergi meninggalkan kenangan terindah

Di pagi syawal ini….
Aku termenung sendirian
Mengimbau kenangan demi kenangan
Kala dulu aku berkunjung ke rumah itu
Menyambut syawal mulia dengan penuh keriangan
Tetapi kini rumah itu semakin jauh-sejauhnya
Seperti jauhnya hati ini telah pergi…

Namun aku mengerti  di Hari Raya ini
Aku perlu senyum dengan penuh makna
Kerna ada insan yang istimewa yang menunggu kini
 Yang berada jauh dimata dekat dihati..
Selamat hari raya Syawal yang bahagia…
Terima kasih Ramadhan kerana pertemuan itu..

Saturday, September 11, 2010

Robot itu datang

Mak..mak…mak..

Robot itu datang….datang kesini
Bunyinya sangat dan bingit…
Terdapat bermcam jenis robot itu..
Datang bersama “Tuan” masyarakat kita…

Apak…apak…apak…

Kenapa robot itu menceroboh pasaraya kita..
Pasaraya kita yang menyediakan rotan, herba dan buah-buahan..
Tempat aku bermain sorok-sorok dan menenami si pacat menghisap darah…
Tualang, merbau, cengal dan teman-teman pokokku lain habis tumbang..
Aku…aku…kaget kenapa robot itu kejam membunuh kawan-kawanku..

Nek..nek..nek…

Kenapa robot itu datang…air sungai jenih menjadi keruh..
Sungai tempat aku berenang, mendapatkan sebarau dan bermain rakit
Kini berwarna teh susu tetapi tiada gula sudah semakin cetek…
Sungai ini berbau dan mempunyai tompok minyak robot..
Ramai kawan-kawan ikan bergelimpang meninggal dunia…
Aku, dia dan kami akan pupus nanti kerana racun robot itu???...

Atuk..atuk..atuk…

Tolonglah jampi supaya Robot itu keluar daripada tempatku…
Mohon kepada roh nenek moyang supaya menghalang kerja robot itu…
Sudah…sudah..cucu..atuk dah bermohon tetapi robot itu tetap degil..
Degil kerana mereka menganggap tempat kami sebagai tempat “Tuan”
“Tuan” yang mengaku lebih berkuasa daripada yang Maha-Pencipta..
Haruskah aku dan anak-anak muda belantara menyumpit robot dan “Tuan” itu…
Tetapi mereka ada bom C4 dan kapal selam yang tidak boleh menyelam…
Sumpit tidak lut kepada jet pejuang walaupun tanpa enjin yang dicuri…
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang aku berdoa
Selamatkan tempatku serta bangsaku daripada kezaliman robot dan “Tuan”
Amin Rabil Alamin…

Friday, September 10, 2010

Diari seorang anak belantara


Dalam cahaya bulan yang terang ini, aku masih di beranda rumah mencoretkan sesuatu dibuku comot yang dijadikan diari hidupku. Fikiran aku melayang dan mengingat sesuatu yang menghiriskan sungai hatiku. Ada seorang Hamba Allah yang mencaci dan mengutuk aku dalam blogku, Buletinjahut.blogspot.com. Dia itu bukannya orang luar yang tidak memahami adat resam dan sosiobudaya masyarakat Asal tetapi seorang anak kelahiran belantara. Aku memang agak kasar pada pandangan orang yang belum mengenaliku dan sampaikan orang tak mahu berkawan dan rapat denganku. Kenapa?? Mereka jawab sebab kau terlalu lantang dan radikal.
Alamak!! Aku ini pengganas ke? Aku ini perompak ke? Aku ini penyanggak ke? Aku ini membawa senapang atau membawa bom C4 KE? Heran benar benak jiwaku..aku menyuarakan rasa ketidakpuashatiku terhadap layanan yang diberikan kepada Orang Asal tanah semenanjung. Salah ke aku berkarya?? Aku bukan menerbitkan akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Metro dan sebagainya, aku hanya menulis di blogku Buletinjahut.blogspot.com. Itu pun blog aku telah digodam oleh manusia yang mengakui baik hati dan bermoral sampai tidak boleh buka lagi kini. Kini aku membuka blog baru yang diberikan nama spiritjahut.blogspot.com.
Blog ini bersempena semangat baru yang telah bangkit daripada kekecewaan dan penyesalan hidupku. Apalah kesan blog ini?? Yang membacanya semuanya golongan pandai-pandai daripada pendidikan SPM sampailah Ijazah.Orang kampong yang berada diceruk pedalaman atau ceruk desa manalah tahu tentang internet. Makna internet pun tahu??? Kasihan mereka tidak mendapat maklumat yang betul.
“Woi” terdengar suara sahabatku Bedul membuat aku terkejut daripada lamunan yang menyakitkan. Dia datang ke rumah untuk berbincang tentang aktiviti anak muda yang dilakukan selepas Hari Raya. Kami berbincang mahu mencari sponsor jersi dan beberapa biji bola sepak untuk pasukan kami. Dalam kesibukan perbincangan itu, saya teringat balik kenangan semasa sekolah menengah dulu. Aku dan kawan-kawan seramai sepuluh orang telah disingkirkan daripada asrama disebabkan fitnah Pak Guard sekolah. Dia memfitnah kami telah menceroboh asrama pelajar perempuan.
Demi Allah kami tidak pernah pun mahu menceroboh asrama pelajar perempuan. Siapa punya angkara?? Ahmad Lela namanya yang telah mereka cipta tarikh, jam berapa, berapa orang dan beberapa orang saksi yang diupah untuk menyingkirkan kami. Yang pelik warden asrama dan guru kaunseling percaya cakap dia juga. Kami tiada tempat mengadu. Selepas disingkir daripada asrama seorang-demi seorang kawan-kawan berhenti sekolah termasuk Bedul kini menjadi Ketua Penerangan ranting Kg Pian kecuali aku dengan arwah Roslan.
Arwah Lan telah meninggalkan aku buat selama-lamanya semasa diri ini berada dalam tahun pertama di menara gading. Kata kawan-kawan dia  meninggal dunia kerana perbuatan orang, entahlah aku bingung sama ada mahu percaya atau tidak tetapi yang pasti perbuatan manusia yang bersekongkol dengan syaitan memang wujud di dunia ini.
Aku tahu siapa Ahmad Lela itu dia kaki ampu Tok Mat Adun Kawasan Jenderak. Sampai hari ini aku masih ingat fitnah yang dilemparkan itu, seolah-olah baru berlaku sekarang. Selain keluarga, seorang mempercayai aku ialah Ustaz Zaid Long, bapak angkatku yang percayakan aku tidak terlibat dalam peristiwa tersebut. Beliau seorang yang memberikan semangat untuk tabah menghadapi ujian yang Allah berikan kepadaku.
“Minum kopi” sekali lagi aku terkejut daripada lamunan masa lampau. Emm peristiwa memang menyakitkan dan menyedihkan namun aku seorang yang tabah dalam berjuang sehingga sampai menara gading. Aku tidak pernah melupakan kawan-kawan aku yang bergulumang dengan pancoraba hidup ini. Kebanyakan daripada mereka sudah menyertai PKR setelah aku sendiri yang menyertai. Mereka kini Anggota AMK cabang Kuala Krau.
Aku masih ingat selepas keluar daripada Universiti, terdapat satu kes dimana seorang warga tua Kampung Terbol iaitu Samat Bin Mat telah ditangkap oleh Pegawai PERHILITAN seramai 5 orang kerana didakwa menceroboh kawasan mereka tetapi kawasan tersebut merupakan ladang padi turun menurun penduduk Jahut mencari makan untuk meneruskan hidup.
Oleh kerana tiada siapa yang ingin membantu, UMNO janganlah harap sangat mahu menolong. Oleh kerana kasihan maka aku sendiri yang menjadi penggerak untuk membuat demonstrasi membantah tangkapan tersebut. Pada masa poket ini kosong untuk membeli kertas manila untuk membuat sepanduk. Bingung memikirkannya tetapi nasib baiklah ada Bedul yang menyumpang RM10 dan Pak cik Shafie Dris menyumbang RM10. Jumlahnya RM20 cukuplah untuk mendapatkan manila kad dan maker pen.
Terima kasih wahai sahabatku, aku bekerja keras selama seminggu untuk memberi tahu orang kampong tentang Demonstrasi yang akan diadakan dan mengajak semua penduduk menyertai demonstrasi tersebut. Pembantu setiaku ialah si Bedul tetap menemaniku selain sokongan Yusri Ahon dan Shafie Dris. Bukan mudah untuk………………..D:) 

Sunday, September 5, 2010

Patung itu tersenyum???


Patung…
Kenapa kau tersenyum padaku
Kenapa kau melontar senyuman yang manis
Tetapi senyum ini bukanlah lahir dari hati
Senyum sekadar  senyuman
Senyum sekadar dibibir…tiada mana apa-apa
Senyum sekadar satu hiasan wajahmu…

Patung…
Kenapa kau merenung tajam padaku
Mengapa matamu menjeling manja dan menggoda hatiku
Matamu seolah-olah ingin menyatakan sesuatu..
Sesuatu yang kau pendam dilubuk hatimu…
Namun aku tidak tahu apa perasaanmu dikala ini
Kerna mulutmu sekadar bersenyum dan tanpa melontarkan kata-kata hikmah…
Aku bingung….kenapa?? mulut mu tidak ada suara yang terlontar indah..

Patung…
Aku ini mengalami satu perasaan aneh..
Satu perasaan aneh yang menjalar dalam jiwaku..
Satu perasaan yang indah dan rapat denganmu..
Namun..adakah kau mengerti apa yang kurasakan dikala ini..
Aku…aku…telah jatuh..jatuh cinta denganmu..
Sudikah kau menerimanya…terimaku seadanya..
Tapi apa yang aku lihat sekadar senyum itu…
  Maksud senyuman itu menerimaku atau…kesedihanku..

Realiti kehidupan pinggiran

A'erica Arif September 5 at 6:57pm
 
Kiri kanan. . . ada yang ini ada yang itu…yang benar Nampak salah yang salah Nampak sempurna.
Terfikir, di landasan manakah aku berada? Yang benarkah, yang salahkah, atau aku membina landasan ku sendiri.? Mendengar cakap orang ada yang benarnya ada yang tidak nya ada juga yang mungkin andaian diri mereka sendiri, yang pasti cara terbaik adalah mencari sendiri. Mencari apa yang kita mahu tahu, apa yang kita lihat tapi tidak pasti, teringat satu ungkapan dari seorang insan , “mencari, mencari dan terus mencari apa yang dicari”…bagus ungkapan itu, mengajar kita untuk hidup dengan berpijak dibumi yang nyata selagi nafas tidak berhenti…namun, insan yang memberi ungkapan ini sepertinya tidak pernah pun mencari melainkan untuk kepentingan diri, tidak memahami ungkapan nya sendiri sehingga dirinya masih lagi d kawah yang sama. Usia semakin hari semakin meningkat namun dia masih lagi begitu, apabila d Tanya dia menjawab, “biarlah aku begini dan aku tau hidup aku tidak akan berubah lagi”. . . .eeeemmmmm kurang pemahaman aku terhadap insan yang sebegini. Dimana salahnya? Yang berkata ingin mencari tapi sebenarnya tidak mahu mengubah diri, bagaimana untuk maju jika semuanya begini?
Kiri kanan. . .ada yang ini ada yang itu…
 
Bila bersuara untuk menyatakan kesimpulan yang telah dicari, ada pula yang menyatakan sebenarnya ia bukan begitu. Jalan yang kiri itu jauh yang kanan ini cepat, tetapi apa tejadi pada jalan yang jauh itu? Apa yang ada didalamnya? Perlombongan? Pecah tanah? Pembalakan? Ya, permudahkan jalan kami ke tempat-tempat yang Nampak benarnya, untuk apa? Untuk kami pergi jauh tanpa menghiraukan jalan yang jauh ke pedalaman itu. Dimana hutan ditebang hidupan liar menganas kemudian mengeluarkan satu kenyataan, “Lindungi Harimau, Hapuskan Orang Asli Tak Guna”(www.topix.com), begini kah? Kenapa? Mengapa? Kerana kami membunuh harimau yang menerjah kampong kami? Kerana kami tidak dapat lagi mecari makan d kebun hutan kami oleh pembalakan lalu kami menjadikan ia santapan, itu salah? Harimau dan orang asli di dalam hutan belantara yang kalian gila-gilakan pokok balaknya itu sama-sama bergantung kepada kebun hutan itu untuk hidup. Kalian tahu apa? Ekosistem? Belajar sains kan? Belajar hieraeki keperluan kan? Berfikir lah…jika berlaku bencana siapa juga yang susah? Tentera yang sedang darurat juga boleh makan apa yang ada ini kan pula kami yang hidupnya sebati dengan hutan?
Yang benar Nampak salah yang salah Nampak sempurna. . .
 
Yang benar biasanya tidak berpengaruh, tiada kuasa, hanya insan yang memnuruti kata hatinya yang meruntun di salahkan. Yang salah tampak sempurna tersenyum megah atas bukan kejayaannya, bertepuk gembira. Yang benar tetap sedaya upaya berusaha walau disindir oleh rumpun sendiri, apa kan daya rumpun sendiri juga ada sifat tidak mengerti dan tahu menjatuhi sahaja padahalnya ia untuk semua. Untuk apa yang benar dinyatakan salah itu tetap di bela, tiada kerja lain kah? Tiada tangungjawab lain kah? Tiada kehidupan sendiri yang bagus kah? Tetapi. . . yang disalahkan ini bukan hanya mahu Berjaya untuk diri sendiri tetapi mahu membantu sesame sendiri! Yang salah bertopengkan benar itu juga lah yang disanjung yang Nampak segalanya, tidak sedarkah, kita dikaburi dengan kuasa. . .dengan publisiti, dengan kereta besar yang mereka ada dengan menyatakan akan membela nasib kita, yang telah diberi tangungjawab memberi kita elaun bulanan tetapi mereka yang menukar-nukar kereta mewah setiap bulan, melancong kesana kemari, tetapi kita? Anak-anak yang menimba ilmu menulis surat bertalu-talu umpama meminta sedekah, tapi hanya usulan sahaja yang di sampaikan. Apabila ssesudah sijil d tangan, mula lah mengaku mereka yang menjaga, tolong lah! Untuk apa? Untuk bonus-bonus yang bakal kalian dapat? Kami bukan sebodoh yang di sangka, sijil kami bukan untuk dijaja bila masa dulu nasib kami tidak terbela! Salahkah yang kami nyatakan? Benarkah perbuatan kalian? Atau harus kami mencari bukti-bukti yang kukuh lagi? Atau bukti kami sebenarnya tidak berguna kerana itu perkara biasa dalam dunia kalian yang disebut, “give and receive”. . . . sama-sama membantu sehingga bangsaku tertipu. . . . .? ? ?


SuaraNurArinnicaarif

Your Town. Your News. Your Take. Local news and discussion forums for every city in the US, thousands of cities throughout the world and 300,000 other topics.
Share

Saturday, September 4, 2010

SuaraNurArinnicaarif

A'erica Arif September 4 at 11:13pm
 
Kuno….itu kami…… daif itu kami….mundur itu kami…..sakai itu kami….jakun itu kami…..
Ya serba serbi nya yang buruk-buruk yang tidak elok itu adalah kami…..
Namun disebalik semua itu adakah kesedaran bahawa kami lah yang ditakuti…
Tidak mahu dibangun kan serba serbi kerana takut kami bakal membongkar rahsia siapa kami…
Ada yang mengenali asal usul kami mengetahui….tetapi tidak mahu mengungkapi…
Yang baru sahaja mengenali terus mencaci kerana telah dihasuti oleh yang mengenali siapa kami…
Kenapa? Takut kami akan mara? Kami akan memberontak? Kami akan membuat angkara untuk kuasa?
Tidak…..kami bukan orang begitu……kami hanya mahukan hak, kedamaian, kebebasan kami…itu saja.
Kami mahu hak tanah milik kami….tanah tempat kami mendirikan rumah….tanah untuk jasad kami nanti...
Kami mahukan kedamaian untuk menjalankan kehidupan….kami mahukan kedamaian anak-anak ke sekolah tanpa dikutuk dimaki di jadikan bahan ejekkan…
Kami mahu kebebasan kami kesana kemari tanpa ada yang menjeling seumpama kami planet lain…
Kami bukan mahluk asing dari angkasa yang ada 1 kaki, 1 mata mahupun tanpa mulut….
Kami boleh berjalan ke menara Kuala Lumpur….
Kami ada mata untuk melihat segala perbuatan terhadap kami…..
Kami ada mulut untuk bersuara menyatakan apa yang kami lihat , ditanah kaki berpijak!
Jangan lupa siapa kami! Kenapa dan mengapa kami wujud dengan tinggal di dalam hutan!
Ingat! Kami dijajah! Kami tidak mahu bertelagah lalu mencari tempat baru yang bakal kami terokai atas dasar malas kalian yang hanya tahu merampas!
Tapi malangnya…kalian tidak mahu kami hidup indah ditemani penyaman udara alam yang baik untuk tubuh kami…..
Kalian datang untuk membantu kami dari di belenggu …membuat “tesis” tentang kami kemudian mendapat gelaran “doctor”…..
Datang kemudian jadikan kami bahan untuk menarik pelancong…..kemudian apabila kami mendapat nama d hati pelancong luar….baharu lah nak majukan kami…bagi segala kebajikan…untuk d tayang-tayangkan….begitu?
Kenapa yang di dalam …yang tidak mahu menimba ilmu kerana takut itu yang ditatang bagai minyak yang penuh…..mengapa ada pelajar yang sedang memerlukan bantuan….seperti yang dijanjikan tidak d beri apa-apa?
Kenapa? Takut kami Berjaya dan mampu menetang kalian? Berjaya dan akan tahu berfikir tanpa kalian aturkan?
Surat yang kami hantar umpama rayuan meminta sedekah……
Tolonglah! Kami boleh cari makan d hutan tanpa minta sedekah dari kalian…..tapi kami ada hak!
HAK yang korang boleh baca dalam undang-undang……
Atau? Undang-undang pun memperkotak-katikkan kami?
Kasihanya kami. . . .dah lah kuno….daif…mundur….digelar pula sakai….jakun pula merujuk kepada kami jua…….
Kasihan nya kami……hanya di berikan segala perhatian agar dapat menutup mulut kami dari menentang…
Teringat satu kisah d mana seorang lelaki asli yang sanggup berkaki ayam ke pejabat menteri gara-gara d tegur dalam perjalanannya….”encik tidak boleh pakai sandal disini…” , lalu insan tadi memegang sandalnya lalu berjalan kaki ayam….hahahaa….lucu….kuno….jakun….
TAPI! Dia begitu kerana untuk mempertahankan hak ….untuk bersuara walaupun tidak mampu…dia berusaha….itu lah namanya perjuangan….bukan pakai kot-kot…duduk di bawah hawa dingin…menurun kan tanda tangan….
Empuk duduk di kerusi itu tidak seempuk bantal kekabu hutan kami….
Sejuk di bawah penghawa dingin itu tidak sedingin hawa embun hutan kami….
Duduk megah memanjat bagunan tinggi itu ….kami pun boleh pergi….sekejap sahaja…
Tapi mampukah kalian memanjat pokok petai?
Memanjat pokok tualang untuk madu sang lebah?
Bertahun pun mustahil lagi mampu…… marah? Bercakap yang benar sahaja….
Itulah kami….tidak reti nak memputar belitkan orang….
Kami hanya berkata yang tulus keluar dari hati kami sahaja……
Mempertahankan yang hak kami sahaja…
Semakin hari semakin kami terasa dijajah………..kami mahu kemerdekaan yang kalian raikan itu…


SuaraNurArinnicaarif