Sunday, September 26, 2010

Haji Suhaimi Bin Said, seorang pejuang rakyat "Marhaen"

                                     Gambar : Haji Suhaimi Said

Mungkin ramai yang mengenali Hj Suhaimi Said. Selain menjawat sebagai ketua Keadilan Cabang Kuala Krau, beliau juga menjawat Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Pahang. Disini, saya coretkan latar belakang tokoh yang berhati waja dan penuh inspirasi bagi anak muda.

Beliau telah dilahirkan di Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang pada 8.12.1944. Tempat di mana ramai pejuang Negara muncul. Misalnya Allahyarham ayahahanda beliau sendiri adalah seorang pejuang didalam Angkatan Pemuda Insaf, sayap Pemuda kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Nama Lubok kawah merupakan sebuah kampong yang telah mengalami evolusi dan revolusi dalam dunia politik kerana kebanyakan penduduknya adalah pejuang-pejuang kebangsaan menuntut kemerdekaan. Akhirnya kampung ini disenarai hitam oleh kerajaan inggeris kerana kesemua penduduknya kecuali yang mempunyai anak kecil menyertai PKMM, API dan AWAS.

Sebelum menyertai Parti keadilan Rakyat, partama sekali yang beliau sertai ialah Parti Rakyat Malaysia, sebelum menyertai Parti Islam se-Malaysia dan akhirnya satu kesilapan besar menyertai UMNO. Hal ini telah diakui sendiri oleh beliau. Menurutnya UMNO hanya untuk golongan elitis dan kapitalis. Setelah Keluar daripada PRM kerana parti tersebut telah berpecah kepada dua kumpulan sebelum lumpuh disebabkan ramai ahlinya yang keluar. PRM Pahang lumpuh kerana terdapat tuduhan kepada presiden parti tersebut sebagai tali barut kerajaan,

Beliau mengakui sebagai “binatang” dalam politik kerana selepas keluar daripada PRM beliau menyertai PAS dan menumpukan kepada isu-isu felda iaitu hak pemilikan individu kepada setiap peneroka. Akhirnya ramai ahli Umno yang keluar parti dan menyertai PAS. Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.

Di Melaka beliau tidak duduk diam, beliau terus berjuang dan menubuhkan banyak cawangan cawangan PAS dan mewujudkan Pas Selatan-Selatan. Keadaan ini amat merunsing dan membimbangkan UMNO negeri Melaka. Maka sekali lagi beliau ditahan dibawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.

Selepas lama menyepikan diri, beliau kembali ke arena politik setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada di rumah rumah saudara Nizam Hamid 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali. Kemasukan beliau dalam KEADILAN setelah Bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar dan Marina Yusf tidak wujud lagi dalam parti ini.

Bermula Januari 2008, beliau memasuki Kuala Krau dan menubuhkan cabang Kuala Krau bermula ahli yang kosong hanya dibantu oleh saudara Razak Hussein, SuhaimI Abdullah dan seterusnya saudara Man Kadir (Abdul Kadir Abdul Manaf). Akhirnya ahli Keadilan cabang ini meningkat hampir 30 orang.

Sehingga kini cabang Kuala Krau mempunyai ranting-ranting di 10 buah perkampongan Orang Asal, dan di kampong-kampong tradisi Melayu yang dulunya langsung tidak boleh dihampiri seperti Kg Paya Luas, Kg Gong Halt, Kg Dato Sharif Ahmad, dan kami juga ada ranting di Felda Jenderak Utara, Kg Jenderak, Estet Sg Tekal, Tmn Seri Desa, dan keahlian PKR di DUN Jenderak kini sudah dapat mengatasi Cabang-Cabang PKR yang sudah tertegak hampir 10 tahun yang lampau. Kini kami membantu pula rakan-rakan PR khususnya PAS di Kuala Krau dengan menubuhkan ranting-ranting di Felda Jengka 22, Felda Jengka 11, Kg Matau dan Kg Rumpun Makmur

Dikalangan Orang Asal, Haji Suhaimi Said sangat terkenal kerana sikap peramah dan marhaen selau yang berkujung ke perkampung Orang hampir setiap minggu. Menurut Kin Kasim, Ketua ranting Kampung Penderas Haji Suhaimi Said adalah salah pemimpin Jahut dan Ustaz Badrul Amin berseloroh sebagai Batin Orang Asal Malaysia. Walaupun agak lucu gelaran tersebut tetapi yang nyatakan usaha beliau telah berhasil dan telah dihargai oleh Orang Asal bahkan rakyat Malaysia.

Bukau Hom ihah



Bukau..
Terima kasih kerana hadir didalam hidupku..
Kau yang membuat hidup tiada keresahan
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Kau mengetuk pintu hatiku yang telah tertutup kaku
Tanpa kusedari hati ini kembali berbunga mekar
Hati ini telah diizinkan menerima salam cinta

Bukau..
Kau mengilhamkan bahagia dihatiku
Kau hadir atas nama cinta
Cinta yang kuharapkan penuh penuh ketulusan hati
Kau yang datang memberi rasa rindu
Kau mencipta rasa rindu…rindu yang berombak resah
Membuatku rasa terlalu indah

Bukau…
Kau yang bernama cinta
Kau yang menghidupkan jiwaku kembali
Maafkan jika aku tidak sempurna..
Tidak sempurna untuk membangkitkan kegembiraan dihatimu..
Maafkan jika bahagia itu bukannya selalu hadir
Kau hadir membawa segumpal keyakinan
Keyakinan itu datang mencengkam sanubariku
Mencengkam keteguhan hati Kasih disulami dengan kejujuran…

Saturday, September 25, 2010

ADAKAH KAMI DI DALAM DIARI HIDUP KALIAN. . .?

A'erricca If September 24 at 11:30pm
 
Adakah kami…jiwa rimba…hati belukar…nafas unggas…
Di dalam kamus kehidupan kalian diluar sana?
Adakah hutan yang sebau dengan ku ini kalian ketahui?
Ataupun yang terlihat hanyalah bertapa banyak nya harta yang mampu digali didalam hutan yang kalian ketahui?
 
Adakah hidup ku sentiasa dikaji? Ataupun kami akan tetap dikeji ?
Diri kami tidak diketahui, selalu dipersoalkan…apakah kalian ada memikirkan “mati” semasa melontarkan pelbagai persoalan yang hanya untuk menjatuhkan kami?
Adakah kami tiada hak ditanah kami berpijak?
Teramat mudah kami digulingkan hanya dengan menyatakan mana hitam putih bahawasanya itu tanah kami???
 
Adakah kami ini hanya hamba seperti jajahan kalian ke tanah ini ketika suatu ketika dulu?
Dari perang sangkil dulu kami menyerah, ambil lah tanah ini jika kalian ingin meduduki tapi jangan sentuh anak keturunan kami! Kami sanggup meneroka kawasan baru jauh dicerok pedalaman hutan nun jauh dari mata kalian…
Adakah masih tidak berpuas hati?
 
Jika bukan kerana inggeris pasti sehingga kini kami hanya hamba dimata kalian yang boleh diragut kehormatan anak isteri, yang lelakinya kalian jadikan hamba abdi kalian!
Tapi kini tetap diri kami dijadikan “hamba”……diperkotakkatikkan hidup kami, kehidupan yang kami lalui hanya lah menunggu mati…
Hamba??? Ya…hamba…”hamba penerokaan”, “hamba penggila kuasa”, “hamba mata duitan”. . .dan hamba segala hamba lagi. . .
 
Adakah kami benar-benar tidak wujud dalam diari hidup kalian seperti di dalam buku-buku teks sekolah juga tidak kalian nyatakan di dalamnya perihal kami yang teramat lah daif ini.
Kami bukan jenis yang akan meminta sehingga menangis di telivisyen merintih menyatakan hanya makan “siput babi”. . . .
 
Kami masih lagi mampu untuk kehutan, kesungai, kelaut, kebukit menanam huma! Kami mampu mencari makanan yang cukup sumbernya jika kalian tidak menceroboh tanah kami!
Adakah kepuasan hati kalian jika kami kelihatan seperti pendatang yang hanya merempat ditanah bertuah ini?
 
Itukah yang kalian mahukan? Sehingga anak-anak bertanyakan, “orang asal@orang asli tu apa?”
Begitu baharulah kalian berbahagia untuk menyatakan yang kami hanya orang yg duduk dalam hutan, yang pakaiannya hanya cawat, kuno, daif, pemikiran yang tidak maju.
BEGITU?
 
Hebat ….kami tiada dalam diari kisah hidup kalian…….
Siapa kami? Siapa orang asli? Siapa orang asal?
Buatlah kajian kemudia berfikirlah, selamilah….baru bercakap untuk mempersoalkan…

Friday, September 24, 2010

Aku, belantara dan dia...


Sudah larut malam, tetapi aku masih tidak ada idea lagi bagaimana untuk menyiapkan memorandum ini? Persoalan ini bermain dalam fikiranku?? Aku sebenarnya tidak berapa pakar dalam merangka memorandum ini kerana kehidupanku di universiti lebih fokus pada membuat kertas berlambak sahaja. Sekarang aku benar-benar menterjemah latihan di universiti diatas memorandum yang sedang dibentuk. Mak’ai susah benar mahu membuat perkara berkaitan kebenaran berbanding di Universiti bolehlah kita kelentong mana-mana fakta, kalau salah pun hanya mendapat markah yang rendah.
Jam dinding menunjukan angka 3 pagi tetapi diri ini masih tidak berganjak mahu melelapkan mata. Abg Mie sudah terlelap di lantai simen, Cuma aku yang masih menaip sesuatu keypad laptop ini. Aku berfikir tiada apa-apa yang ingin kusembahkan kepada masyarakat Orang Asal, aku insan yang lemah dan tidak mampu melihat tanah tumpah darah daging rumpunku ditolak untuk menjadi projek Tanam Semula Komersial (TSK). Aku hanya mampu merenung, meratapi seorang nenek yang menangis begitu hiba melihat kebun pisangnya yang ranap dirempuh dengan ganas oleh Sang “Robot”. Tangan kasar anak belantara ini begitu lenguh untuk menaip ayat-ayat yang terakhir pada penutu memorandum ini.
Jam 4 pagi, barulah siap segala-galanya. Alamak!! Kertas manila tidak ada lagi, perancangan pagi-pagi lagi aku mahu mendapatkan barang-barang tersebut di Pekan. Hanya ini sahaja sumbanganku pada rumpunku. Aku masuk menara gading kerana nama rumpun ini bukan pertolongan sesiapapun. Terima kasih Orang Asal kerana memberi peluang kepada anak muda yang mentah ini mengatur langkah berjuang untuk membalas budi mereka. Entahlah diri ini tidak dapat menahan kesedihan yang bersarang dilubuk hati melihat anak-anak bangsa rumpun ini yang begitu terbiar tanpa pembelaan yang sewajarnya. Hati ini mudah tersentuh melihat kesengsaran mereka hidup di bumi yang dikenali Malaysia.
Dalam terang bulan yang samar-samar ini, aku berjalan longlai ke rumahku. Aku bertekad untuk membantu selagi mampu dan nadi ini masih berdenyut. Semua pokok seperti bukuh, langsat dan rambutan kelihatan tertunduk seolah-olah sedang tidur atau seolah-olah berdoa pada Tuhan Maha Esa melindungi mereka daripada ketamakan kuasa Sang “Penguasa”. Dalam bilik tidur, mata ini masih segar terbuka mengimbau kenangan lalu diwaktu alam persekolahan dulu. Teringat kawan-kawan lama. Teringat kenangan pahit dan manis. Terbayang arwah Roslan yang tersenyum riang semasa kami pulang daripada sekolah. Dia dah pergi dan pergi untuk selama-lamanya. Kenapa hati ini pedih apabila nama Roslan bermain dalam fikiranku. Belum sempat aku menemuinya semula, kabar yang kurang baik aku terima setelah seminggu jasadnya dikebumikan didalam tanah.
“Terkejut” apabila ayam kampung mula membangunkan umat manusia diwaktu subuh pagi. Hari ini merupakan hari yang penting sebagai pejuang anak muda belantara. Aku perlu bingkas bangun dan bersiap-siap ke Pekan. Hari ini……………………………@ramli@pejuang*

Wednesday, September 22, 2010

We are what we believe we are.

                     Hak milik AA

Any people anywhere, being inclined and having the power, have the right to rise up, and shake off the existing government, and form a new one that suits them better. This is a most valuable - a most sacred right - a right, which we hope and believe, is to liberate the world.

The probability that we may fail in the struggle ought not to deter us from the support of a cause we believe to be just.
I've come to believe that all my past failure and frustration were actually laying the foundation for the understandings that have created the new level of living I now enjoy.
History teaches that war begins when governments believe the price of aggression is cheap.

I believe that being successful means having a balance of success stories across the many areas of your life. You can't truly be considered successful in your business life if your home life is in shambles.

Life is a gamble. You can get hurt, but people die in plane crashes, lose their arms and legs in car accidents; people die every day. Same with fighters: some die, some get hurt, some go on. You just don't let yourself believe it will happen to you.

I never thought of losing, but now that it' s happened, the only thing is to do it right. That's my obligation to all the people who believe in me. We all have to take defeats in life.

I believe in everything until it's disproved. So I believe in fairies, the myths, dragons. It all exists, even if it's in your mind. Who's to say that dreams and nightmares aren't as real as the here and now?

When you believe in a thing, believe in it all the way, implicitly and unquestionable.
We are what we believe we are.

Sunday, September 19, 2010

Aku seorang Arjuna Belantara...


Bukan mudah mengumpul semua penduduk kampung pergi berdemonstrasi kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai pekerjaan tersendiri daripada bertani , buruh dan pencari hasil hutan. Aku bersama Bedul bergerak dari rumah ke rumah untuk menyatakan tentang demonstrasi yang akan diadakan terutamanya di Kg Tebol. Ada juga orang tua yang pelik kerana tidak sangka budak yang kecik dulu kini sudah besar lebih-lebih lagi melakukan perkara yang luar biasa. Aku tidak pernah lupa mengingatkan Pak cik Samat Bin Mat supaya jangan takut untuk mempertahankan diri serta mempunyai hak terhadap tanah yang dikenali  sebagai adat Orang Asal. Warga tua itu petah bercakap tentang kemarahannya terhadap kezaliman Perhilitan.
Aku tahu terdapat beberapa orang yang tidak suka cara aku berjuang ini. Mereka cakap cara yang gila dan menyebabkan keharmonian masyarakat terganggu. Betapa ceteknya pemikiran orang macam itu, aku menjelaskan bahawa yang menganggu masyarakat ialah tindakan Perhilitan menangkap Orang Asal. Selama ini kehidupan Orang Asal aman dan damai tetapi semenjak wujudnya Perhilitan, kehidupan mereka dihantui ketakutan dan tidak selamat lagi untuK mereka bekerja diladang sendiri. Mereka menganggap Perhilitan sebagai Hantu Rimba yang sering mengacau aktiviti mereka. Mereka tidak ada tempat mengadu masalah, aku ibarat keadaan itu seperti harap pagar, pagar makan padi. Harapkan Barisan Nasional tetapi mereka ini yang menzalimi kehidupan mereka.
Aku tersedar daripada lamunan setelah bedul memohon diri untuk pulang kerumahnya. Malam itu kami menulis kata-kata yang menunjukan rasa tidak puas hati terhdap tindakn perhilitan. Kasihan sahabatku ini dia telah berhenti sekolah sebelum tamat tingkatan 5 kerana fitnah seseorang yang menjadi sekolah. Namun, persahabatan kami tidak akan putus sampai sekarang. Sekarang kami sama-sama berjuang dalam KeADILan menetang kezaliaman pihak yang sepatutnya mengenang budi masyarakat Orang Asal yang memilih mereka sebagai pemerintah. Aku amat sedih kerana Orang Asal sering ditindas atas alasan pembangunan dan peribadi serta kejujuran Orang Asal itu sendiri…
Selain Demontrasi membantah perhilitan menangkap Pakcik Samat Bin Mat, aku juga teringat kenangan semasa aku berada ditahun 2 di Universiti dulu. Pada masa itu aku juga terlibat disebalik demonstrasi membantah dua orang penduduk kampung Pasu telah disaman juga oleh Pehilitan. Walaupun aku tidak menunjukan wajah sebenar kerana masih menjadi pelajar IPT namun aku bekerja keras selama 3 hari untuk merangka memorandum bantahn tersebut untuk diserahkan kepada Perhilitan dan semua agensi yang terlibat. Cuma yang membantu aku pada waktu ialah Abg Nazmi Majid seorang keturunan Melayu yang berkahwin saudara kami di Kampung Lubok Wong. Masa itu….


Thursday, September 16, 2010

                                                    Hak milik AA...

A'erricca If September 16 at 12:40pm

Sakit? Hmmm alah bisa tegal biasa. . .
Sakit, itu penghapus dosa-dosa kecil. . .
Sepanjangan sihat bukan hidup lah namanya. . .
Sungguh kah kejutan itu terlalu mengecewakan aku sehingga jatuh sakit?
Mungkin aku terlalu memikirkan lalu jatuh sakit?
Atau emosi ku tidak terkawal dan badan ku tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku terlalu kecewa. . .?
Hmmm alah bisa tergal biasa. . .
Kehidupan memang begini, sihat kemudian sakit. . .
Setiap kalangan manusia pasti merasai nya,
Yang membezakan tarikh waktunya. . .kesakitan yang kecil mahupun yang besar,
Apa yang harus di lakukan adalah beringat. . .bukan menyalahkan kesakitan yang dirasai.
Itu Cuma dugaan kecil dunia belum lagi diakhirat kelak.
Biasa lah, alah bisa tegal biasa. . .
Kekecewaan itu juga datang ada hikmahnya,
Setiap insan merasainya. . . hanya bagaimana cara untuk mengawal emosi yang membezakan.
Hmmmm, sakit tidak bermakna harus mensuramkan muka…sakit perlu kan senyuman sebagai pengubat emosi. . .
Emosi sama seperti cuaca. . .
Sekejap cerah, sekejap mendung, sekejap panas, sekejap hujan, sekejap nanti cerah tapi ada pula guruhnya. . . .
Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil?. . . .atau lebih mudah sekali sakit bertujuan kita untuk beringat. . .
Semasa sakit lah manusia akan berfikir pelbagai hal, di saat itu lah juga kita berdoa …
Dan semasa itu juga lah kita bukan berdoa dan mengeluh…tetapi berdoa agar diri ini sembuh seperti sedia kala dan memanjatkan kesyukuran padaNYA.
Mungkin kah kita terlalai seketika semasa sihat. . .maka di datangkanNYA sakit. . .
Selagi mampu bergerak, selagi mampu bersuara, selagi mampu makan, panjat kan lah Kesyukuran kerana masih mampu menjaga makan minum sendiri.